Anak Zahid guna dana orang miskin beli hotel di Bali: Pendakwaan

October 14, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan sebahagian daripada wang deposit tetap berjumlah RM17.9 juta milik Yayasan Akalbudi dikeluarkan bagi membolehkan anak perempuannya membeli saham hotel butik di Bali, Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, berhujah bahawa tertuduh diamanahkan dengan dana Akalbudi bagi tujuan spesifik iaitu membasmi kemiskinan dan menaikkan kebajikan fakir miskin, selain menjalankan kajian serta penyelidikan.

Bagaimanapun, Raja Rozela berkata, tertuduh memberi arahan spesifik supaya kesemua wang daripada tujuh akaun deposit tetap Akalbudi, dikeluarkan sebelum memindahkannya menerusi cek bank kepada Tetuan Lewis & Co.

“Ahmad Zahid kemudian mengeluarkan cek berjumlah RM8.6 juta kepada Ri-Yaz Aset Sdn Bhd bagi tujuan pembelian 60 peratus saham daripada Pengerusi Aset Ri-Yaz, Tan Sri Rashid Manaf.

“Individu yang berminat untuk membeli hotel berkenaan adalah anak perempuan tertuduh dan perkara itu disahkan oleh Tan Sri Rashid and Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohd Shaheen,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Raja Rozela kemudian bertanya: “Bagaimana menguruskan butik hotel di Indonesia membantu rakyat miskin di negara ini?”

“Dana dalam akaun Akalbudi digunakan untuk keuntungan peribadi tertuduh di mana Akalbudi tidak mempunyai sebarang hubungan atau kepentingan.

“Bagi pengeluaran dana daripada tujuh akaun deposit tetap, cek bank RM17.9 juta itu dibayar kepada Lewis & Co,” katanya.

Raja Rozela berkata, perkara itu sepatutnya sudah dilihat sebagai amaran.

“Kenapa dana itu dipindahkan, sedangkan tiada rekod yang menunjukkan bahawa Tetuan Lewis & Co bertindak untuk Akalbudi?

“Oleh itu, pendakwaan berhujah bahawa tujuan sebenar pengeluaran deposit tetap RM17.9 juta adalah bagi memudahkan anak perempuan tertuduh membeli hotel di Bali,” katanya.

Raja Rozela berhujah demikian pada prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding hujahan bersambung Isnin ini.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Laporan polis terhadap pembebasan Zahid, dakwa wujud salahguna kuasa
September 16, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
3 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok