Anak tiri Najib diarah fail pembelaan saman 1MDB AS$248 juta

September 28, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, supaya memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$248 juta terhadapnya.

Saman itu difailkan 1MDB dan tiga subsidiarinya terhadap Riza Shahriz dan dua syarikat miliknya atas dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.

Memetik Bernama, peguam Datuk Hariharan Tara Singh, yang mewakili Riza Shahriz dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.

“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.

Hariharan dipetik sebagai berkata defendan melantik Messrs Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.

1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Messrs Shearn Delamore & Co, menamakan Riza Shahriz dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.

Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.

Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza Shahriz serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira AS$250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.

Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza Shahriz, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.

Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.

Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.

Berita berkaitan
Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji
February 3, 2023· Isu semasa
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Saksi bank kes 1MDB terkejut Jho Low nafi pernah berhubung dan berurusan
February 2, 2023· Isu semasa
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
12 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
17 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
18 jam lalu · Isu semasa
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok