Anak Najib berdepan tuntutan cukai RM13.1 juta tarik balik rayuan

September 3, 2021 · Isu semasa

Datuk Mohamad Nizar Najib akan menarik balik rayuannya yang dikemukakan pada 11 Ogos tahun lalu di Mahkamah Rayuan berhubung tuntutan saman cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebanyak RM13.1 juta.

Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu difahamkan sudah merekodkan perintah persetujuan dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) berhubung pembayaran tunggakan cukai tersebut.

Menurut laporan portal Malaysiakini, peguam yang mewakili Nizar, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan perkara itu.

Farhan berkata pasukan undang-undang Nizar bersedia untuk memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan ketika pengurusan kes hari ini mengenai perkara itu dan berhasrat untuk menarik balik rayuan tersebut.

“Ya, dia (Nizar) telah merekodkan perintah persetujuannya, dan kami akan menarik balik permohonan kami hari ini, dan memaklumkan kepada mahkamah,” kata Farhan lapor portal tersebut.

Pagi tadi, Mahkamah Rayuan di Putrajaya, telah menetapkan tarikh pengurusan kes dalam talian berhubung rayuan Nizar untuk membatalkan penghakiman terus terhadap saman cukai itu.

Bagaimanapun tidak didedahkan jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh Nizar dan SCIT.

“Jumlahnya jauh lebih rendah daripada asal (jumlah saman cukai RM13 juta),” kata Farhan.

Mengikut peruntukan undang-undang, jumlah yang perlu dilangsaikan antara pembayar cukai dan LHDN dalam tindakan undang-undang tidak didedahkan kepada umum.

Pada 24 Julai 2019, LHDN telah memfailkan surat perintah saman terhadap Nizar, yang mengarahkannya untuk membayar sebanyak RM13,159,821,94 sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2017.

Selain Nizar, Najib dan anak lelakinya Mohd Nazifuddin turut dikenakan saman cukai yang masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok