
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO Khas pada 15 Mei 2022.
Anak murid Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan persetujuan UMNO bahawa audit forensik wajib diadakan terhadap Sapura Energy sebelum Petronas mengambil alih syarikat bermasalah itu.
Zahid menyatakan persetujuan dengan rakan karibnya itu ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini
Terdahulu dalam debat perdana dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mei lalu, Anwar mencadangkan forensik audit dilakukan sebelum syarikat minyak neara mengambil alih Sapura Energy.
Anwar menegaskan, apa gunanya pelbagai usaha menyelamatkan syarikat tetapi tiada ketelusan dan membawa pihak terlibat agar diadili.
Mengulas lanjut Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Najib susulan debat perdana itu.
“Kita ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kita lihat syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Sapura Energy di mana terdapat lebih 10 juta pegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) turut mempunyai kepentingan, mesti dibantu,” katanya.
Presiden UMNO itu berkata sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB, selain menggaji lebih 10,000 tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat.
“Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, PETRONAS sesuai untuk mengambil alih dan melakukann ‘turn-around’ sesegera mungkin. Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus.
“Kalau itu dapat dilakukan oleh kerajaan dengan political will yang kuat, saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melakukannya demi kepentingan Bumiputera dan rakyat Malaysia,” katanya.