Anak Khairy terima vaksin, KKM sahkan

February 16, 2022 · Isu semasa

Tuduhan anak bongsu Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menerima suntikan vaksin tidak benar, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM mengesahkan anak Menteri Kesihatan tersebut disuntik vaksin kelmarin dan menafikan dakwaan pihak tertentu mengatakan cecair vaksin berkenaan dibuang terlebih dahulu sebelum suntikan dilakukan adalah tidak benar.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata orang ramai sentiasa mencari salah walaupun pengambilan vaksin berkenaan adalah salah satu usaha untuk melindungi kanak-kanak, malah video yang dilihatnya menunjukkan suntikan ada diberikan.

“Berdasarkan video yang ditunjukkan YB Menteri Kesihatan kepada saya, memang anaknya sudah disuntik.

“Kalau orang tidak percaya, boleh panggil kakitangan yang melakukan suntikan pada anak YB. Sebab itu saya kata orang akan sentiasa mencari kesalahan.

“YB dan anaknya memang menerima vaksin. Mana boleh KKM mahu menipu perkara ini,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Noor Azmi terdahulu mengadakan lawatan kerja sempena PICKids di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sebelum ini tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan kakitangan KKM yang didakwa membuang cecair vaksin terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan terhadap anak bongsu Khairy .

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan anaknya, Raif selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, pihaknya akan memperhalusi dan melakukan siasatan terhadap video yang tular itu.

“Esok saya akan merujuk Menteri Kesihatan berhubung perkara ini. Jika video berkenaan disunting, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah mohon dapatkan pasport sementara ke Singapura
August 16, 2023· Isu semasa
Isteri dan anak bekas MB Negeri Sembilan UMNO antara calon PRN
July 21, 2023· Politik
UMNO berada dalam kegelapan selama-lamanya: KJ
July 1, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
8 minit lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
30 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
31 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok