Anak derhaka! Kerana dadah sanggup pukul ibu hingga patah gigi

October 10, 2022 · Isu semasa

Angkara dadah, seorang anak sanggup menampar ibu sendiri hingga patah gigi dalam kejadian di sebuah kampung di Padang Terap, Kedah, kira-kira jam 6.30 petang, Khamis lalu.

Warga emas berusia 68 tahun berkenaan turut ditendang anak lelakinya yang berusia 30-an itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang berang selepas dia bertanyakan jumlah anak dimiliki mangsa sebelum wanita terbabit menjawab yang dia mempunyai empat anak, menurut HMetro.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar dipetik sebagai berkata, ketika berada di dapur di rumah mereka, suspek bertanyakan berapa jumlah anak ibunya.

“Sebaik ibunya menjawab soalan berkenaan, suspek terus menampar pipi kiri wanita terbabit membuatkan mangsa terus ke bilik tidur.

“Bagaimanapun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengekori ibunya hingga ke bilik tidur.

“Suspek menampar lagi kedua-dua pipi wanita berkenaan hingga patah gigi bawah selain turut menendang mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya membuat laporan polis sehari selepas kejadian.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mangsa mendakwa dia sering diperlakukan demikian oleh suspek dan mengesyaki anaknya bertindak demikian kerana di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok