Amirul Feisal pengarah urusan baharu Khazanah

June 29, 2021 · Isu semasa

Khazanah Nasional Bhd melantik Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusannya, yang akan berkuat kuasa 16 Julai 2021.

Dalam kenyataan hari ini, Khazanah berkata Amirul bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat.

“Lembaga Pengarah Khazanah mengalu-alukan pelantikan Amirul dan yakin berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.

“Lembaga Pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai pengarah urusan, terutamanya kejayaan beliau mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada dalam kedudukan kukuh serta mampu mengharungi persekitaran yang serba mencabar akibat penularan pandemic Covid-19,” katanya.

Khazanah berkata Amirul adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
5 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
11 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok