Ambulans bawa pesakit Covid-19 terbabit nahas

April 16, 2021 · Isu semasa

Sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang membawa pesakit Covid-19 terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di KM52.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan dekat sini hari ini, lapor Bernama.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata ambulans membawa tiga petugas KKM itu sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk membawa seorang pesakit lelaki yang hendak dirujuk bagi rawatan Covid-19.

“Semua petugas KKM itu sedang dalam perjalanan menghantar pesakit berkenaan ke hospital pada jam 5 petang. Petugas KKM dan pesakit yang berada dalam ambulans berkenaan selamat dan telah dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 4.20 petang.

Katanya, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja tiba di lokasi 13 minit kemudian mendapati sebuah ambulans KKM telah terlibat dalam kemalangan dengan lori satu tan yang dinaiki dua lelaki.

“Pesakit Covid-19 yang berada di dalam ambulans berkenaan telah diasingkan ke lokasi yang selamat oleh petugas KKM. Sementara itu, kelindan lori berumur 56 tahun mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari lori telah dibawa ke HSB bersama pemandu lori berumur 59 tahun yang mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Kejadian ini adalah yang kedua membabitkan ambulans KKM yang membawa pesakit Covid-19 di negeri ini selepas kejadian pertama berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Langgar, berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara pada 9 April lepas.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok