Ambil tindakan progresif, benarkan kanabis dan hemp bagi tujuan perubatan

May 6, 2022 · Isu semasa

Malaysia harus memainkan peranan serius dengan mengambil tindakan progresif membenarkan penggunaan kanabis dan hemp terutamanya kanabidiol (CBD) bagi tujuan perubatan, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Ahli Dewan Negara yang mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) itu berkata kebenaran penggunaan bahan tersebut juga akan meningkatkan akses golongan OKU kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sejahtera, lapor Bernama.

Ia selaras dengan Teras Strategik 4 Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022 iaitu meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada golongan itu untuk menjalani kehidupan sejahtera, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ras Adiba berkata ia juga selaras dengan komitmen Malaysia kepada Perkara 25 Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya yang menekankan bahawa OKU mempunyai hak untuk menikmati taraf kesihatan tertinggi tanpa diskriminasi atas dasar ketidakupayaan.

“Melalui usaha ini, ia akan membuka sayap baru dalam sektor perubatan yang dapat membantu mengurangkan gejala penyakit seperti kronik, kebimbangan dan sebagainya, yang telah terbukti melalui beberapa kajian saintifik,” katanya.

Ras Adiba berkata kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu merancakkan lagi aktiviti, kempen dan pendidikan kepada orang awam kerana pengetahuan berkaitan penggunaan kanabis masih berada di tahap yang rendah.

Bagi tujuan itu, beliau mencadangkan sembilan perkara kepada kerajaan untuk tindakan segera bagi membolehkan kanabis dan hemp diguna pakai dalam sektor perubatan di Malaysia.

Perkara yang dicadangkan adalah mewujudkan Pelan Hala Tuju Kanabis dan Hemp oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kaukus Kanabis Perubatan Parlimen perlu dianggotai pihak berkepentingan seperti aktivis, pertubuhan bukan kerajaan, pakar kanabis serta wakil golongan rentan terutamanya OKU dan warga emas.

Turut dicadangkan adalah supaya hasil kajian impak penanaman kanabis dibentangkan di Parlimen oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta menyegerakan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membezakan CBD dan tetrahydocannabinol (THC).

Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dicadangkan agar membangunkan teknologi baharu melalui aruhan sinaran Gamma bagi menghasilkan variasi baharu Cannabis Sativa yang mempunyai kandungan bahan psikoaktif THC rendah, menjadikan penanaman hemp di Malaysia sebagai antara komoditi utama yang mempunyai ciri serupa dengan kenaf dari segi kaedah penanaman dan teknologi pemprosesan fiber hemp.

Perkara lain yang turut dicadangkan adalah menyediakan geran penyelidikan kepada institut dan universiti bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan kajian klinikal, Kementerian Pengajian Tinggi dan MOSTI harus bekerjasama dalam mewujudkan kumpulan penyelidikan konsortium yang memberikan fokus kepada penyelidikan “Medical Cannabis”.

Selain itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga dicadangkan supaya membenarkan lebih banyak industri menjalankan aktiviti penanaman hemp bagi tujuan penyelidikan di bawah Seksyen 6B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kebanyakan negara barat khususnya Amerika Syarikat kini lebih ke hadapan dalam industri hemp dan kanabis. Banyak kajian saintifik yang dijalankan di negara tersebut terbukti berkesan dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, perubatan, farmaseutikal, produk kecantikan dan sebagainya.

“Justeru, saya yakin dengan membenarkan penggunaan CBD dan penanaman kanabis di Malaysia, ia akan membantu antara lain komuniti OKU, pesakit kronik, kanser, dementia, parkinson, sawan, masalah mental dan tekanan emosi,” katanya.

Ras Adiba berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelancongan kesihatan bertaraf dunia turut perlu memberikan penekanan dalam penggunaan “Medical Cannabis”.

“Bila lagi jika bukan sekarang,” katanya.

Berita berkaitan
Tun Faisal, Ras Adiba sah sertai Perikatan Nasional, bantu kempen PRN
July 10, 2023· Politik
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Selepas pusingan U isu subsidi, kerajaan juga umum teruskan biasiswa JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Keputusan henti tajaan perubatan, KKM mahu bincang dengan JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok