Ambil langkah waspada kemungkinan banjir: Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan banjir berlaku di kawasan masing-masing.

Pada masa sama beliau turut menguzapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terkorban dalam bencana yang melibatkan beberapa negeri kebelakangan ini.

“Dalam keadaan hujan dan cuaca yang tidak menentu ketika ini, kita juga haruslah berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga mengenai kemungkinan berlaku banjir di kawasan masing-masing.

“Sentiasalah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Semoga kita semua dan seluruh rakyat terhindar dari sebarang bencana.

“Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terkorban dalam bencana banjir yang melanda beberapa negeri, hari minggu yang lalu.

“Kepada mereka yang menjadi mangsa bencana alam ini, saya doakan anda semua diberi kecekalan dan dipermudah urusan untuk bangkit kembali,” katanya dalam satu kenyataan sambil mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada penganut Kristian di negara ini.

Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Bersatu itu turut berharap Hari Natal yang diraikan tidak mengabaikan prosedur operasi standard dalam usaha membendung jangkitan Covid-19, terutama penularan varian Omicron.

BERITA BERKAIT
POPULAR