Ambil iktibar kejadian tanah runtuh

December 13, 2021 · Isu semasa

Tragedi tanah runtuh bukanlah sesuatu yang baru di negara ini.

Pada awal tahun ini bongkah batu besar pernah terjatuh dan hampir menghempap sebuah kereta milik pengguna jalan raya dan kejadiaan runtuhan dilaporkan terus berlaku di laluan sepanjang kira-kira 30 kilometer dari Tranum, Raub ke destinasi The Little England tersebut.

Baru-baru ini kejadian tanah runtuh yang meragut dua nyawa di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh, Perak mengejutkan semua pihak dan mengundang rasa sedih rakyat.

Laluan berkenaan adalah jalan utama menghubungkan Perak ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands, selain Jalan Tapah ke Ringlet, Pahang.

Jalan itu juga boleh dianggap sebagai laluan ekonomi buat pembekal sayur-sayuran tanah tinggi, selain lokasi tumpuan.

Tragedi tersebut boleh dikatakan sebagai bencana alam yang bukannya disebabkan pembangunan pertanian atau penerokaan haram.

Apa pun, insiden itu wajar dijadikan pengajaran kepada pihak berkuasa yang perlu mengambil tindakan efektif dengan meningkatkan pemantauan di kawasan lereng bukit terutama di kawasan penempatan bagi mengelak insiden sama berulang.

Insiden alam sebegini bukan sahaja mengakibatkan kerosakan seperti beberapa siri runtuhan kecil yang berlaku di Jalan Tapah- Ringlet, bulan lalu, malah telah mengorbankan nyawa manusia.

Sejak tahun 2017 sudah terdapat sebanyak tujuh kes tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di laluan yang menuju pusat peranginan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa kejadian tanah runtuh ini adalah perkara yang amat serius kerana sudah melibatkan banyak nyawa manusia.

Malah status Cameron Highlands sebagai sebuah pusat pelancongan yang terkemuka di negara ini juga akan terjejas disebabkan kejadian tersebut.

Justeru itu memang sudah sampai masanya bagi pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu bagi memastikan perkasa yang sama tidak berulang pada masa depan.

Menurut Presiden Institut Geo­logi Malaysia, Abd. Rasid Jaafar, unsur tanah terluluhawa dan mendapan tanah runtuh di kawasan tersebut sebenarnya amat berisiko untuk berlakunya tanah runtuh.

Menurut beliau, ditambah pula kawasan tersebut terletak di kawasan Zon Sesar (Gempa Bumi) Kuala Lumpur dari Bukit Tinggi hingga ke Kuala Pilah yang boleh berlaku gegaran, jadi sudah tentu ia amat berisiko.

Justeru, beliau memberi­tahu, bukan sahaja pembaikan segera perlu dilakukan, malah kajian jangka panjang melibatkan penglibatan pakar-pakar amat perlu dilihat walaupun kontrak pembaikan cerun pada masa ini dimonopoli oleh hanya satu kontraktor.

“Bukit Fraser memang kita kategorikan sebagai kawasan cerun yang boleh berlaku tanah runtuh yang tinggi kerana kawasan sebegini selalunya lebih lemah dan tidak stabil,” katanya.

Hakikatnya dengan cuaca yang tidak menentu pada masa ini adalah wajar sekali kawasan berisiko kejadian tanah runtuh seperti itu disegerakan peruntukan untuk pembaikan kekal de­ngan segera.

Selain itu, pakar-pakar berkaitan perlu dilibatkan bagi mencari penyelesaian tuntas jangka panjang. Jangan hanya membaik pulih dan kemudiannya runtuhan berulang lagi.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Penghuni kuarters Akademi SPRM dipindah susulan tanah runtuh
April 26, 2023· Isu semasa
Kejadian tanah runtuh di Batu Gajah, 28 penduduk dipindahkan
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok