Amaran ribut petir hari ini

October 18, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, sehingga malam ini (Selasa, 18 Oktober 2022).

Di Selangor, MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain di Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2 petang ini.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini.

Bagi seluruh Semenanjung pada sebelah pagi, cuaca diramal hujan di beberapa tempat di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Manakala ribut petir berlaku di pedalaman pantai barat, Sandakan dan Kudat, Sabah, serta Labuan.

Manakala di Sarawak, ribut petir dijangka berlaku di Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit, sementara hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pada sebelah petang pula ribut petir di beberapa tempat di Kedah, Perlis, ribut petir di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, pedalaman Negeri Sembilan, dan Perak.

Di Sabah dan Sarawak, hujan diramal berlaku di satu dua tempat di Sandakan, Tawau, Kudan dan Labuan, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala hujan di satu dua tempat di Kedah dan Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Di Sabah, hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan, manakala di Sarawak hujan di satu dua tempat di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Dijangka ribut petir seluruh negara pada petang hari pengundian
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
10 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok