Amaran ribut petir beberapa kawasan di Kedah, pasukan penyelamat siap-sedia

July 12, 2022 · Isu semasa

Beberapa kawasan di Kedah diramalkan akan berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melebihi dua jam sehingga pukul 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran awal kawasan yang bakal berdepan cuaca buruk itu melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, pihak polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa memantau perkembangan semasa di kawasan berisiko terutamanya di Lata Celak iaitu lokasi berlakunya kejadian kepala air di Baling pada 4 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata tambahan pula cuaca di daerah ini tidak menentu dengan masih lagi hujan sejak malam tadi.

“Setakat pukul 11 pagi tadi, kita tengok aliran sungai berada dalam keadaan normal. Tidak berlaku kenaikan air ataupun tidak ada kelajuan air yang terkesan…kita masih lagi memantau sebab hujan dalam keadaan sederhana lebat ataupun renyai,” katanya menurut laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata tumpuan pihaknya kini adalah untuk memastikan keselamatan penduduk dan arahan perpindahan untuk mereka yang tinggal di kawasan tebing sungai berdekatan lokasi banjir dan kepala air itu bergantung kepada situasi semasa.

“Itu kita bincang dalam mesyuarat PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) yang dipengerusikan oleh tuan DO (Pegawai Daerah)…kita melihat kepada keadaan.

“Jadi, kalau perlu mereka ini berpindah, saya percaya tuan DO akan mengeluarkan arahan untuk berpindah, walaupun keadaan ketika itu tidak dilanda banjir ataupun kenaikan air. Untuk rumah (penduduk) di tepi sungai, kita utamakan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahadan berkata setakat ini tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling ekoran kejadian itu masih belum ditutup sepenuhnya, namun mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk kerja pembersihan.

“Setakat ini sebanyak 126 agensi termasuk NGO (badan bukan kerajaan) telah memberikan sumbangan berupa makanan selain tenaga sukarelawan membersihkan premis penduduk terlibat…lebih 60 peratus berjaya dibersihkan,” katanya.

Untuk rekod, tiga PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Surau An-Nur dan Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok