Amaran keras KDN tutup serta-merta kilang ingkar SOP

June 17, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras akan menutup serta-merta mana-mana kilang perindustrian yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran itu kepada semua syarikat kilang perindustrian dan majikan yang menyalahgunakan kebenaran beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh (SPP) atau total lockdown sehingga 28 Jun ini.

“Kepada semua majikan, tidak ada kemaafan lagi, hari ini hari terakhir dan saya mahu semua majikan jika anda rasa bersalah ingkar operasi, tutup segera aktiviti anda,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa tanggungawab pematuhan SOP bukan sahaja bersandarkan kepada penguatkuasaan semata-mata sebaliknya majikan juga perlu memainkan peranan.

“Saya nak minta semua majikan hari ini saya buat sidang media ini kerana hendak memaklumkan semua majikan bahawa tidak ada kemaafan lagi.

“Hari ini adalah hari terakhir dan saya mahu semua majikan yang diberikan kebenaran beroperasi tengok semula kelulusan yang anda terima dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Terdahulu beliau bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan membuat pemeriksaan mengejut di dua kilang perindustrian di Kajang dan Segambut bagi memastikan pematuhan SOP oleh majikan seperti dikuatkuasakan.

Ditanya mengenai kilang yang dikompaun mengingkari SOP masih beroperasi, beliau berkata, kesemuanya akan diambil tindakan kerana membuat pengisytiharan palsu sebagai pengeluar perkhidmatan penting serta menyalahgunakan kebenaran operasi.

Ia melibatkan lebih 40 buah kilang seluruh negara dan mereka dipantau bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang.

Berita berkaitan
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Diugut SPRM punca MP Kuala Kangsar terpaksa sokong PMX: Hamzah
October 13, 2023· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Kalah teruk PRN, Hamzah bidas UMNO-BN sedang alami ‘sindrom penafian’
August 26, 2023· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok