Amaran! Kelantan, Terengganu dijangka banjir malam ini

December 30, 2021 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan, dijangka berlaku di tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung – Kelantan, Terengganu dan Pahang – sehingga esok, 31 Disember 2021.

Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu malam ini.

Amaran yang dikeluarkan jam 1.25 tengah hari tadi menyebut kawasan-kawasan yang terlibat di tiga negeri itu ialah Jeli (Kelantan), Kemaman (Terengganu) dan Kuantan (Pahang), lapor Bernama.

Amaran cuaca buruk peringkat jingga iaitu hujan lebat berterusan juga dikeluarkan untuk kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Besut Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu; dan Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang sehingga 1 Januari 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS itu, risiko banjir diramal di Kelantan bermula pukul 8 malam di jajahan Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Gua Musang dan Pasir Mas.

Banjir juga diramal di Terengganu secara berperingkat pada 8 malam ini (30 Disember) di beberapa daerah antaranya Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut, manakala risiko banjir diramal di Pahang esok (31 Disember) di daerah Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut serta kawasan rendah sekitarnya.

“Kawasan lain di Pahang adalah di sekitar Sungai Kuantan, Sungai Rompin, Sungai Pontian dan Sungai Endau melibatkan kawasan di sekitar Kuantan dan Rompin,” menurut kenyataan itu.

Bagi negeri Johor, banjir diramal pada 2 petang esok (31 Disember) melibatkan kawasan di sekitar Sungai Mersing, sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau melibatkan daerah Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran peringkat waspada iaitu hujan berterusan sehingga 1 Jan diramal di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak); Kelantan (Tumpat Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih); Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) serta Johor.

Hujan berterusan juga dijangka di Sabah melibatkan pantai barat (Ranau); Tawau (Lahad Datu); Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan); serta Kudat sehingga 2 Januari 2022.

Berikutan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan, menurut kenyataan itu.

NADMA melalui NDCC akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok