Amaran hujan lebat, ribut petir

May 6, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, laut bergelora, hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri bermula hari ini sehingga 9 Mei.

Dalam satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Terengganu, Kelantan dan Sabah Timur sehingga jam 2 petang Isnin ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi perkapalan (kategori kedua), amaran angin kencang barat daya berkelajuan 50-60 kmj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket sehingga 9 Mei.

“Angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Amaran angin kencang (Kategori pertama) tenggara berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara sehingga 9 Mei.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut,” lapor METMalaysia..

METMalaysia juga berkata ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Utara Tioman, Timur laut Reef North , Layang-Layang, Palawan dan Sulu.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di Pahang (Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Batu Pahat dan Pontian) sehingga jam 1 tengah hari Isnin ini,” katanya.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Berita berkaitan
Isu usul tiada pertandingan, Zahid kata kuasa menteri adalah muktamad
March 8, 2023· Politik
Tiga negeri dijangka berdepan hujan berterusan hingga esok: MetMalaysia
March 5, 2023· Isu semasa
Taburan hujan di Johor jarang berlaku kata MetMalaysia
March 4, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, orang ramai dinasihat berhati-hati risiko banjir
March 3, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
39 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
54 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
1 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok