
Amaran angin kencang dan hujan lebat.
Sembilan negeri diberi amaran amaran ribut petir dan hujan lebat bermula 9 pagi ini, menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Antara negeri yang termasuk dalam amaran cuaca buruk pagi ini dikeluarkan MetMalaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Selain itu, di Kedah, ia melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Beberapa kawasan di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak turut menerima amaran sama.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Negeri Sembilan pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” menurut agensi itu.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.