
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor), lapor Bernama.
Sementara itu hujan tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Pekan (Pahang), Segamat, Kluang dan Kota Tinggi yang ketiga-tiganya di Johor.