Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Pahang, Johor hingga lusa

January 30, 2023 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Februari ini, lapor Bernama.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan jam 1.30 tengah hari tadi memaklumkan hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Selangau, Mukah, Daro, Matu, dan Dalat di Sarawak serta Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat di Sabah.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi), Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis, Kapit (Song) an Bintulu) serta Ranau, Kota Belud dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

Dalam pada itu, hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku pada hari ini di Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara, dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok