Amaran cuaca signifikan mulai Khamis ini hingga 23 Januari

January 16, 2023 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca signifikan bermula Khamis (19 Januari 2023) sehingga 23 Januari depan melibatkan kawasan di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut kenyataan MetMalaysia cuaca signifikan itu berpotensi menghasilkan ribut petir serta hujan berpanjangan di kawasan terlibat.

Dalam laporannya agensi itu memaklumkan, ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang juga dijangka melanda kawasan pedalaman dan Pantai Barat Semenanjung serta bahagian barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga telah mengemas kini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan yang berkuat kuasa bermula esok sehingga 23 Januari ini.

Terdahulu, agensi berkenaan turut mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan utara Condore dengan kelajuan sehingga 60 Kilometer sejam dan ketinggian ombak mencapai sehingga 4.5 meter (kategori ketiga).

“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Pada masa yang sama amaran kategori pertama dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3.5 meter turut dikeluarkan melibatkan kawasan perairan Johor Timur, Pahang Terengganu, Kelantan, tenggara Samui, Tioman, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, dan Palawan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk informasi terkini dan sahih.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Pahang, Johor hingga lusa
January 30, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sampai Isnin
January 28, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan diramal di Johor dan negeri pantai timur
January 19, 2023· Isu semasa
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
1 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
2 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
4 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
5 jam lalu · Isu semasa
Jho Low beritahu RM5j dari akaun Najib pindah kepada UMNO: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok