Amaran banjir kilat di enam negeri dalam tempoh 24 jam

January 22, 2023 · Isu semasa

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini (22 Januari 2023) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri seluruh negara mulai jam 4 petang tadi.

Dalam kenyataannya Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) berkata ia berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Kenyataan itu menyatakan kemungkinan terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat dan ribut petir yang signifikan berlaku.

Kawasan yang terlibat ialah:

Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).

Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).

Di Melaka, daerah berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).

Di Pahang, membabitkan tiga daerah iaitu Temerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).

Di Selangor, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).

Di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).

Di Sarawak pula, meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
15 minit lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
7 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok