Amaran air pasang besar mulai September hingga Disember

September 10, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku mulai September hingga Disember ini.

Dalam satu kenyataan semalam, jawatankuasa berkenaan berkata fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.

“Untuk makluman Daerah Klang bakal berhadapan dengan Fenomena Air Pasang Besar & Monsun Timur Laut (MTL) mulai September – Disember 2022 yang membawa risiko Banjir dan Runtuhan Ban.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Pada September ini, paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka berlaku pada 12 September iaitu 5.5 meter (m) pada jam 7.18 pagi

“Pada 11, 13 dan 28 September pula pada paras 5.4m sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi manakala 14, 27 dan 29 September, paras air laut pada 5.3m sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi,” menurut kenyataan itu di Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Jawatankuasa itu menasihatkan penduduk sentiasa mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti PDT Klang di talian 010-8691067 atau 03-33716700.

“Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai esok,” katanya.

Pada masa sama, penduduk digalakkan sentiasa bersedia dengan satu beg kecemasan bencana (ready2go) di rumah.

“Sepanjang tempoh ini, penduduk dinasihatkan bersedia dengan beg khas dengan meletakkan barang seperti dokumen penting, wang tunai, air mineral, kit perubatan, kit kebersihan, tuala, pakaian, telefon bimbit,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Semua wakil rakyat diarah bantu penduduk terjejas banjir, gesa MB Kelantan
November 21, 2023· Isu semasa
Polis Selangor sahkan terima laporan Agus berhubung rakaman tular
November 18, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok