Amar Singh lapor polis fitnah, dakwaan palsu blogger RPK

August 12, 2022 · Isu semasa

Bekas pegawai tinggi polis yang terlibat dalam serbuan ke atas rumah Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018, Datuk Seri Amar Singh membuat laporan polis terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu berkata beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini (12 Ogos), susulan dakwaan RPK bahawa teman wanita Amar hadir ketika serbuan dilakukan dan mengambil salah satu beg yang dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Tambahnya, dua lagi timbalan pengarah polis bersara, yang hadir semasa serbuan, turut membuat laporan terhadap RPK, melabelkan dakwaannya sebagai palsu.

Sebelum ini, Amar menafikan dakwaan RPK yang dibuat dalam portalnya Malaysia Today. Blogger berkenaan dikatakan masih bersembunyi di luar negara sejak lebih tiga tahun lalu dan turut berdepan beberapa saman.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai serbuan terbesar dalam sejarah polis, Amar berkata ia dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya peraturan ketat yang dikenakan.

“Rekod terperinci dibuat mengenai apa yang ditemui. Tiada wanita seperti itu hadir atau apa-apa dikeluarkan seperti yang didakwa.

“Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota yang terdiri daripada beberapa timbalan pengarah dan penolong pengarah polis, pegawai polis yang sangat kanan, di mana sebahagian daripadanya kemudian menjadi pengarah dan ketua polis negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 70 anggota dan pegawai polis dari beberapa jabatan terlibat dalam serbuan itu termasuk dari JSJK, Unit Tindakan Khas (UTK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Trafik, kata Amar.

“Tidak mungkin apa-apa boleh melalui pasukan ini tanpa disedari oleh sesiapa. Lagipun pasukan ini baru bertemu pada hari serbuan dilakukan.

“Oleh itu, tidak ada kemungkinan wujud sebarang konspirasi untuk menutupnya. Saya sengaja membentuk semua pasukan saya daripada elemen berbeza untuk mengelakkan dakwaan palsu oleh ‘tentera upahan’ seperti RPK mengenai serbuan itu,” katanya.

Amar berkata, proses serbuan turut diambil gambar dan video dirakam dari awal hingga akhir serbuan oleh pasukan bebas daripada JSJ.

“Gambar dan video ini masih dalam simpanan JSJ,” katanya.

Amar berkata tiada sebarang cara orang awam boleh mengelak kamera dan video tanpa disedari oleh sesiapa, melainkan orang ini tidak kelihatan.

“Tambahan pula, bangunan tempat serbuan dijalankan mempunyai lebih 100 kamera CCTV dan lebih 50 wartawan sedang menunggu di lobi, satu-satunya pintu keluar bangunan ketika itu.

“Tiada seorang pun daripada wartawan yang melihat seorang wanita awam berjalan keluar dalam serbuan itu, juga dengan beg pakaian besar seperti yang didakwa,” katanya.

Amar berkata dakwaan RPK jelas benar-benar palsu.

“Saya membuat laporan polis terhadap RPK berhubung dakwaan palsu ini. Saya juga telah dimaklumkan oleh pegawai kanan yang hadir semasa serbuan itu bahawa mereka juga akan membuat laporan polis terhadap RPK,” katanya.

Amar juga menafikan beliau telah berhijrah ke Kanada.

“Saya masih di Malaysia dan akan berada di sini di negara saya sehingga saya mati. Saya tidak boleh mengatakan perkara yang sama untuknya.

“Jika seseorang telah melakukan tugas dengan penuh integriti sudah tentu tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Amar turut mencabar RPK untuk pulang ke Malaysia dan membentangkan apa yang dia ada.

“RPK hanya boleh membaling batu dari jauh dan bersembunyi di sebalik lapisan imuniti luar wilayah. Sudahkan dengan keberanian datang ke Malaysia dan nyatakan apa yang anda ada,” katanya.

Amar, yang merupakan tokoh pusat yang mengetuai siasatan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengetuai serbuan polis ke atas premis yang dikaitkan dengan Najib selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum pada Mei, 2018.

Beliau bersara pada 5 Disember 2018.

Berita berkaitan
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok