Amang seksual: PU Azman didakwa di mahkamah

October 12, 2022 · Isu semasa

Pendakwah selebriti PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini (12 Oktober 2022), atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga jam 5 pagi.

Dia turut dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang dilakukan pada 6 Julai 2022, antara jam 3 pagi hingga jam 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Februari 2022, antara kira-kira jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat, menurut BH.

Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya, selain tertuduh memberikan kerjasama baik.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 8 Disember ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022· Politik
Adakah Syed Saddiq akan tarik diri selepas keputusan kes mahkamah?
October 28, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
22 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok