Amalan mudah untuk jantung sihat

October 21, 2021 · Isu semasa

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia, dan ia telah meragut 16,325 nyawa yang mencakupi 15 peratus kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019. Jaga pemakanan anda, lakukan senaman, ambil omega-3 secukupnya – anda mungkin pernah diberikan nasihat ini untuk memelihara kesihatan jantung anda. Namun tahukah anda bagaimana amalan tersebut mampu mempengaruhi fungsi jantung anda?

Ahli farmakologi penyelidikan, Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition dan Pemenang Nobel, Dr Lou Ignarro berkata, ramai individu tidak memahami bagaimana tindakan mereka mampu memberi kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan tubuh mereka.

Bagi memudahkan kita melakukan sesuatu amalan untuk jangka masa panjang,  kita perlu memahami impaknya. Dengan menurunkan berat badan, kita boleh melihat perubahan pada diri kita. Namun untuk melihat perubahan pada jantung kita, ia bukan semudah itu.

“Pertama, lakukan senaman untuk memperbaiki aliran darah. Kita sedia maklum bahawa aktiviti seperti berlari, berbasikal, dan berenang adalah baik untuk kita, tapi mengapakah ia sihat untuk jantung kita? Senaman membantu saluran darah kita untuk meruai (relax) dan mengembang, membolehkan darah mengalir dengan lebih efisien di samping merangsang penghasilan nitrik oksida dalam badan, sekali gus menyihatkan jantung.

Oleh kerana nitrik oksida mengawal dan melindungi sistem kardiovaskular, tuntasnya ialah, lebih kerap kita bersenam maka lebih banyak nitrik oksida yang akan terhasil, justeru jantung kita akan menjadi lebih sihat,” jelasnya.

Tambah beliau, orang rama juga perlu mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan Omega-3 kerana diet yang sihat memainkan peranan yang penting bagi kesihatan jantung kita. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, protein serta bijian penuh membekalkan tenaga dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat.

Makanan seperti ikan berlemak (salmon, tenggiri, dan tuna), biji flaks, walnut, benih labu, dan kacang soya kaya dengan asid berlemak omega-3. Pengambilan asid berlemak omega-3 EPA (asid eikosapentaenoik) dan DHA (asid dokosaheksaenoik) juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ikan bukan sahaja merupakan alternatif yang baik bagi makanan seperti daging yang banyak mengandungi lemak tepu, malah nutrien omega-3 dalam ikan juga dapat menyumbang kepada sistem kardiovaskular yang lebih sihat dengan menjaga kolesterol dan trigliserida pada paras yang normal,” katanya.

Bagi mencegah serangan jantung, Dr Lou Ignarro turut menggalakkan belajar menangani stres dengan lebih baik. Orang ramai boleh Yoga, meditasi, dan pernafasan dalam (deep breathing)  merupakan antara aktiviti yang dapat membantu menangani stres. Dengan mengurangkan stres, kesan positif yang dapat dialami oleh tubuh anda adalah lebih besar daripada apa yang mungkin anda sangkakan.

Stres mempengaruhi paras tekanan darah dan kolesterol, maka atas sebab inilah kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan stres kita. Malah kajian juga telah menemui kaitan antara stres kronik dan penyakit jantung.

Di sebalik pelbagai teori yang mencadangkan bagaimana pengurangan stres dapat memelihara kesihatan jantung, ramai penyelidik percaya bahawa kenaikan dalam tahap stres dapat memberi kesan negatif pada bahagian tubuh yang lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, stres boleh menyebabkan parasnya melonjak naik. Stres juga boleh mempengaruhi cara darah kita menggumpal, lantas mampu meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung,” katanya.

Tambah beliau, individu dengan paras stres yang rendah mungkin lebih cenderung untuk bersenam dan menjaga pemakanan, iaitu dua komponen utama bagi jantung yang sihat. Jadi, dengan mengurangkan stres anda bukan sahaja secara umumnya akan berasa lebih baik, malah tubuh anda juga akan menjadi lebih seimbang dan ia turut membantu memelihara paras tekanan darah dan kolesterol yang ideal.

Tidak ketinggalan, beliau menyarankan mendapatkan berat badan yang ideal. Ini kerana berat badan yang sihat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, dan diabetes—malah ia juga mampu memberi impak yang positif ke atas kesihatan fizikal anda secara keseluruhan.

“Selain pelbagai manfaat yang kita dapat nikmati dengan memiliki berat badan yang sihat, impaknya pada peredaran darah kita merupakan antara yang paling signifikan. Terdapat satu kajian yang telah mendapati bahawa jika berat badan terutamanya lemak perut berada dalam paras yang sihat, arteri akan dapat mengembang dengan lebih baik, lantas memperbaiki aliran darah.

Oleh kerana aliran darah yang optimum merupakan antara kunci yang utama bagi kesihatan sistem kardiovaskular kita, maka penurunan berat badan (atau pemeliharaannya, jika anda mempunyai berat badan yang sihat) merupakan langkah penting yang anda boleh ambil jika anda ingin memiliki jantung yang sihat,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok