Amalan kebersihan cegah HFMD

May 23, 2022 · Isu semasa

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merujuk kepada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit ini berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) atau najis kanak-kanak yang dijangkiti.  Penularan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka di mulut (ulcer), ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

HFMD di negara kita mencatatkan peningkatan yang mendadak sejak awal 2022.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 31,661 kes dicatatkan di seluruh negara setakat rekod yang dilaporkan pada hari terakhir Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 iaitu 14 Mei lalu.

Menurut Pakar  Pediatrik Hospital Glenagles Pulau Pinang  Dr. Khamini Ramanujam,  HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut.

“Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa lima hingga tujuh  hari.

“HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak daripada individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya,” katanya.

Tambah beliau, HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

“Ciri-ciri klinikal HFMD termasuk demam, sakit tekak, ulser pada tekak, mulut dan lidah, ruam dengan vesikel (lepuhan kecil tiga hingga tujuh mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya sakit kepala dan hilang selera makan

“Pun begitu HMFD biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung,” ujarnya.

Dr. Khamini berkata, diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat.

Namun, tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala.

“ Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

“Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Selain itu, air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi satu gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan,” katanya.

Justeru beliau menasiahtakan agar ibu bapa  mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.

“Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa atau penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

“ Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna,” katanya.

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 1,922 dengan empat kematian
June 15, 2022· Isu semasa
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Baling bah: Muhyiddin arah Bersatu hantar bantuan segera
20 minit lalu · Isu semasa
Zahid sahkan kepada mahkamah perbelanjaan ketika di luar negara
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit susut berbanding dolar AS
2 jam lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
4 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
9 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok