Aliran trafik ke ibu kota masih sesak

May 6, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik menghala ke Lembah Klang dari Utara dan Timur setakat tengah hari ini, masih sesak, berikutan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Hari Raya Puasa.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dari arah Utara menuju ke Lembah Klang berlaku di Bertam menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, dari Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Plaza Tol Juru.

“Selain itu kesesakan juga dilaporkan berlaku di Bukit Tambun menuju ke Bandar Cassia; Alor Pongsu ke Bukit Merah; Changkat Jering ke Bukit Berapit; Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak sehingga ke Terowong Menora; Ipoh ke Gopeng dan Bidor ke Slim River,” kata lapor Bernama.

Menurut jurucakap itu, aliran trafik dari pantai timur pula, kesesakan berlaku di Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong dan selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

Bagaimanapun, katanya aliran trafik bagi arah Selatan ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal berikutan kesesakan hanya dilaporkan berlaku di Sedenak menuju ke Simpang Renggam.

“LLM menjangkakan kesesakan akan berlarutan sehingga lewat malam dan pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mereka terlebih dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir lebat KL, terowong SMART ditutup bagi hadapi banjir
December 10, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Terminal bas, tren ke utara, selatan, pantai timur sesak
November 18, 2022· Politik
PRU-15 : Tol Gombak sesak sampai 17km
November 18, 2022· Isu semasa
PRU15: Jadual cadangan waktu perjalanan pulang mengundi
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
2 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok