Aliran masuk pelaburan ke Malaysia 2021 RM48.1b, tertinggi sejak 2016

June 17, 2022 · Isu semasa

Aliran masuk bersih pelaburan asing ke Malaysia pada 2021 adalah sebanyak RM48.1 bilion – tertinggi sejak 2016 – berbanding RM13.3 bilion pada 2020, manakala pelaburan di luar negeri mencatatkan RM19.7 bilion berbanding RM10.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Sehingga akhir 2021, pelaburan langsung asing (FDI) terkumpul di Malaysia mencatatkan nilai yang lebih tinggi sebanyak RM788.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menerbitkan Statistik FDI di Malaysia dan pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) pada 2021.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata aktiviti ekonomi mulai pulih secara perlahan-lahan selepas terkesan daripada pandemik Covid-19, lapor Bernama.

Berdasarkan World Investment Report oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), aliran FDI ke negara-negara membangun di Asia meningkat sebanyak 19 peratus kepada US$619 bilion pada 2021.

“Oleh itu, pelaburan asing ke Malaysia pada 2021 meningkat untuk mencatatkan RM48.1 bilion, tertinggi sejak 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut berkaitan prestasi FDI mengikut sektor, Mohd Uzir berkata sektor pembuatan mengembang sebanyak RM22.5 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM29.5 bilion yang menyumbang kepada aliran masuk terbesar dalam FDI.

Sektor pembuatan menarik 61.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.

Sementara itu, perkhidmatan merupakan penyumbang kedua tertinggi terutamanya dalam aktiviti kewangan, diikuti oleh sektor perlombongan yang menerima dalam bentuk ekuti dan dana pelaburan saham.

Menjelaskan selanjutnya berhubung pelaburan Malaysia dengan lebih 190 negara, Mohd Uzir berkata, rantau Asia kekal menjadi sumber utama FDI di Malaysia bagi 2021 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM22.5 bilion, kebanyakannya diterima dari Singapura, Jepun dan Korea Selatan berjumlah RM17 bilion.

Rantau Asia turut menjadi sumber utama kedudukan FDI dengan nilai sebanyak RM413.1 bilion, diikuti Eropah pada RM207.7 bilion dan Amerika pada RM153.0 bilion pada akhir 2021.

Pada akhir 2021, kedudukan FDI telah meningkat sebanyak RM103.9 bilion untuk mencatatkan nilai RM788.8 bilion. Sektor perkhidmatan merupakan penerima terbesar pada 49.2 peratus atau RM388.4 bilion, dipacu oleh aktiviti kewangan dan borong runcit.

Ini diikuti oleh sektor pembuatan yang merangkumi sebanyak 42.2 peratus daripada keseluruhan FDI, terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.

“Seperti mana prestasi FDI, aliran DIA meningkat RM9.5 bilion untuk merekodkan RM19.7 bilion disebabkan pelaburan yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan,” kata Mohd Uzir.

Pembuatan memintas perkhidmatan sebagai sektor utama bagi DIA, menyumbang 40.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan terutamanya dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkutan dan lain-lain pembuatan.

Sementara itu, sektor perkhidmatan menyumbang 30.3 peratus terutamanya dalam aktiviti kewangan. Eropah kekal sebagai rantau utama bagi aliran DIA pada 2021 dengan sumbangan sebanyak 54.9 peratus terutamanya ke Belanda dan United Kingdom(UK).

“Secara keseluruhannya, pelaburan ini kebanyakannya disalurkan ke Belanda, Kanada dan Indonesia,” katanya.

Aliran DIA terutamanya adalah dalam bentuk ekuti dan dana pelaburan saham dengan sumbangan sebanyak 61.7 peratus disumbangkan oleh keuntungan yang dikekalkan di luar negeri walaupun mengalami aliran keluar yang lebih rendah dalam ekuti.

Pada masa yang sama, instrumen hutang merekodkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi hasil daripada aktiviti dalam kredit perdagangan.

Pada akhir 2021, kedudukan DIA berada pada RM547.0 bilion daripada RM515.1 bilion pada tahun sebelumnya dengan Singapura, Indonesia dan UK kekal sebagai tiga destinasi utama bagi para pelabur.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
12 jam lalu· Isu semasa
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
39 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
50 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok