Aliran keluaran pelabur asing minggu lepas RM46.4 juta: MIDF

May 15, 2023 · Isu semasa

Malaysia mencatat aliran keluar ketiga tertinggi antara negara Asean lain berikutan pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia dengan jumlah aliran keluar asing bersih RM46.4 juta untuk minggu keempat berturut-turut pada minggu dagangan berakhir 12 Mei.

Bagi Malaysia, MIDF Research berkata minggu berkenaan bermula dengan positif apabila aliran masuk asing bersih mencatat RM9.5 juta pada Isnin dan RM81.8 juta pada Selasa, menurut laporan Bernama.

“Warga asing mula melakukan jualan bersih bermula Rabu hingga Jumaat dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM137.6 juta,” katanya.

Menurutnya dana asing telah menjadi penjual bersih bagi ekuiti Malaysia untuk tempoh 13 daripada 19 minggu tahun ini dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM2.18 bilion.

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih adalah telekomunikasi dan media (RM62.9 juta), utiliti (RM26.4 juta) dan perladangan (RM12.1 juta).

“Tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih terdiri daripada perkhidmatan kewangan (RM84.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM32.6 juta) dan pembinaan (RM17.6 juta),” katanya.

MIDF Research berkata institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut iaitu RM49.9 juta pada minggu lepas, dengan setiap hari dagangan adalah hari belian bersih oleh institusi-institusi tempatan melainkan pada Selasa yang menyaksikan aliran keluar sebanyak RM63.9 juta.

“Sebahagian besar aliran masuk diperoleh pada Jumaat iaitu RM72.3 juta apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan pengembangan ekonomi domestik yang lebih baik daripada jangkaan iaitu 5.6 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 14 daripada 19 minggu pada tahun ini dengan aliran masuk berjumlah RM2.09 bilion.

“Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut sebanyak RM3.6 juta dengan setiap hari dagangan adalah hari jualan bersih kecuali pada Rabu (RM15.3 juta) dan Khamis (RM25.4 juta),” katanya.

Bagaimanapun, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik bagi tempoh sembilan daripada 19 minggu tahun ini dengan jumlah aliran masuk RM93.4 juta.

Dari segi penyertaan, wujud peningkatan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan peruncit tempatan iaitu 5.3 peratus, institusi tempatan pada 16.2 peratus dan pelabur asing berjumlah 30.6 peratus.

Dalam pada itu, MIDF juga melaporkan negara-negara Asean mencatat aliran keluar asing bersih bagi minggu berakhir 12 Mei, dengan Indonesia meraih aliran keluar asing bersih tertinggi berjumlah US$139.6 juta.

Firma penyelidikan itu dalam nota hari ini berkata, Thailand mencatat aliran keluar kedua tertinggi untuk minggu keempat berturut-turut iaitu US$138.3 juta.

“Filipina merekodkan aliran keluar asing bersih berjumlah US$12.4 juta, manakala Vietnam US$6.2 juta untuk minggu kedua-dua berturut-turut,” katanya

Berita berkaitan
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022· Isu semasa
Permintaan domestik bakal kembali meningkat tahun ini: MIDF Research
June 11, 2021· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
2 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok