Aliran keluar dana asing pada Jun berjumlah RM4.1 bilion

July 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah aliran keluar dana asing mencecah RM4.1 bilion pada bulan lepas dengan pelabur asing menjadi penjual bersih Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), kata RAM Ratings.

Pelabur asing terbabit mengurangkan pegangan sebanyak RM4.3 bilion selepas tidak berbuat demikian pada Mei lepas dengan sebahagian besar daripada tindakan itu didorong oleh kebimbangan pelaksanaan dasar monetari lebih agresif di Amerika Syarikat (AS) selain mengelak risiko berikutan jangkaan kelembapan ekonomi global, lapor Bernama.

“Sentimen mengutamakan pilihan lebih selamat itu menyebabkan kenaikan pulangan bon apabila hasil MGS setahun dan 10 tahun menokok 33.1 mata asas (bps) dan 6.5 bps bulan ke bulan pada akhir Jun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, minat terhadap sekuriti kerajaan jangka pendek, Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) kekal positif dengan belian asing bersih berjumlah RM233.1 juta pada bulan lepas, sekali gus memaparkan aliran masuk dana asing bagi lima bulan berturut-turut.

RAM Ratings berkata, tekanan jualan terhadap bon dengan tempoh lebih panjang juga berkurangan sejak pertengahan Jun lepas apabila hasil bagi tempoh itu susut walaupun pulangan jangka pendek terus meningkat.

Menurutnya, hasil MGS 10 tahun susut kepada 4.06 peratus pada 20 Julai daripada 4.33 peratus pada 15 Jun, seiring dengan penurunan hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun kepada 3.04 peratus daripada 3.33 peratus bagi tempoh sama.

Ia menyifatkan penyusutan hasil jangka panjang itu disebabkan oleh kebimbangan ketara mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan di AS yang akan disusuli sama ada dengan penurunan kadar faedah atau tiada perubahan pada masa akan datang.

“Ketika pelabur terus menilai prospek ekonomi, hasil jangka panjang diunjur kekal berdepan tekanan penurunan dalam masa terdekat.

“Dalam pada itu, hasil bagi jangka pendek sebaliknya diunjur meneruskan aliran kenaikan sebagai tindak balas terhadap langkah memperketat dasar monetari,” katanya.

Berita berkaitan
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS
October 11, 2022· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Popular
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
February 6, 2023
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
11 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
11 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok