Aliran keluar dana asing meningkat kepada RM320.3 juta minggu lepas

July 4, 2022 · Isu semasa

Aliran keluar dana asing di Bursa Malaysia meningkat pada minggu lepas berikutan pelabur asing menjual ekuiti Malaysia bernilai RM320.3 juta, berbanding jualan bersih RM61.5 juta pada minggu sebelumnya, sekali gus merupakan aliran keluar bagi minggu keempat berturut-turut.

Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini, MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) berkata pelabur asing adalah penjual bersih bagi sepanjang minggu, melainkan pada Selasa apabila mereka membeli bersih RM17.2 juta, lapor Bernama.

Aliran keluar terbesar dapat dilihat pada Khamis yang mencatatkan RM196.3 juta.

Sementara itu, katanya, institusi tempatan menjadi pembeli bersih pada minggu tersebut pada RM182.7 juta selepas jualan bersih RM7.9 juta pada minggu terdahulu.

“Mereka merupakan penjual bersih pada Isnin dan Selasa, masing-masing pada RM11.9 juta dan RM29.6 juta sebelum menjadi pembeli bersih pada Rabu dan Khamis, masing-masing berjumlah RM69.7 juta dan RM167.4 juta.

“Mereka sekali lagi menjual bersih pada kadar RM12.9 juta pada Jumaat,” menurut firma penyelidikan itu.

Dalam perkembangan lain, peruncit tempatan mengekalkan belian bersih pada sepanjang minggu, meraih ekuiti sehingga RM137.5 juta, dengan belian bersih tertinggi pada Isnin iaitu RM44.6 juta.

Setakat ini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih untuk tempoh 17 daripada 26 minggu pada 2022 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM6.07 bilion, manakala institusi tempatan adalah penjual bersih untuk tempoh 20 daripada 26 minggu, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM7.81 bilion.

Dalam pada itu, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 17 daripada 26 minggu pada tahun ini, dengan belian bersih sebanyak RM1.74 bilion.

Mengikut sektor, segmen Produk dan Perkhidmatan Perindustrian, Teknologi dan Tenaga menyaksikan aliran keluar asing tertinggi iaitu masing-masing sebanyak RM124.6 juta, RM83 juta dan RM60.1 juta, manakala belian bersih terbesar oleh warga asing dicatatkan dalam sektor utiliti iaitu RM19.6 juta, katanya.

Dari segi penyertaan, MIDF berkata purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing berkembang 10.14 peratus, manakala pelabur runcit dan antarabangsa menyaksikan penurunan dalam ADTV bagi minggu itu, masing-masing mencatatkan 7.56 peratus dan 13.85 peratus.

Di peringkat global, MIDF berkata kemerosotan di pasaran global kembali berlaku minggu lepas selepas mencatatkan peningkatan kukuh pada minggu sebelumnya, berikutan pergelutan sentimen terhadap inflasi, kelembapan ekonomi dan kebimbangan sama ada langkah yang dikenakan oleh pembuat dasar monetari akan menyebabkan kemelesetan.

Katanya indeks penanda aras di Wall Street merendahkan sebahagian daripada peningkatan yang diraih pada minggu lepas, dalam keadaan aktiviti pembuatan yang lembap dan data perbelanjaan pengguna.

“S&P500 susut 2.21 peratus pada minggu ini untuk ditutup kepada 3,825.33 mata, manakala Purata Perindustrian Dow Jones turun 1.28 peratus kepada 31,097.26 mata.

“Di peringkat serantau, pelabur asing kekal sebagai penjual bersih bagi ekuiti Asia bagi minggu keempat berturut-turut, menghampiri paras yang dijualnya pada minggu sebelumnya,” kata firma penyelidikan itu.

Berdasarkan data agregat sementara untuk tujuh bursa Asia yang dijejaki MIDF, pelabur yang dikelaskan sebagai “asing” menjual US$3.01 bilion (US$1=RM4.40) ekuiti bersih pada minggu lepas, rendah berbanding jualan bersih US$3.41 bilion pada minggu terdahulu.

“Daripada 26 minggu dagangan setakat ini pada 2022, 19 minggu adalah bagi jualan bersih, manakala tujuh minggu untuk belian bersih,” katanya.

MIDF berkata, pelabur asing memulakan minggu lepas sebagai pembeli bersih ekuiti Asia pada kadar US$318 juta, sebelum menjadi penjual bersih pada empat hari berikutnya pada minggu itu.

“Ini didahului dengan aliran masuk ke Taiwan, Korea Selatan dan Thailand, masing-masing berjumlah sehingga US$314.4 juta, US$198.9 juta dan US$47.4 juta, namun disederhanakan oleh aliran keluar bersih di India dan Indonesia pada US$139.4 juta dan US$88.8 juta.

“Khamis menyaksikan aliran keluar terbesar sebanyak RM1.28 bilion, di mana pelabur asing menjual bersih melibatkan semua tujuh bursa. Taiwan meraih aliran keluar terbesar pada hari tersebut iaitu US$834.7 juta, diikuti Korea Selatan US$307.2 juta,” katanya.

MIDF menambah, aliran keluar dana asing terendah dilihat pada Rabu iaitu US$523.7 juta, didahului oleh Korea Selatan (US$292.4 juta) dan Taiwan (US$99.5 juta), manakala aliran keluar dana asing berterusan pada sepanjang minggu ini di Indonesia dan Filipina, masing-masing pada US$266.3 juta dan US$41.2 juta.

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok