‘Alang-alang Neelofa niqab, niqablah media sosial juga’

Penerbit dan pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin tegur sikap Neelofa yang 'laparkan' perhatian.

Penerbit dan pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin menegur sikap Neelofa kerana sengaja ingin menarik perhatian netizen dengan memuat naik aktiviti yang dilihat memberi kesan negatif.

“Lofa ni memang sejenis craving dengan perhatian-perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah,” kata Shahrulezad.

Semalam, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail (PU Riz) kembali tular di media sosial kerana didakwa merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Neelofa dan suaminya, dikatakan memuat naik video di Instagram menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, tetapi kemudian memadamnya.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz dikompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan ‘bulan madu’ di Langkawi.

“Sikit punya banyak kedai karpet kat KL tu yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu dah kenapa Lofa. Tu satu hal la. Ikut dia la kan nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun.

“Cuma yg ko gi gatal sangat upload video kat story tu pastu ko delete tu dah kenapa dik? Ko tak tahu ker netizen netizen kita ni semua sejenis ikan jerung lapar darah yang pantang ko buat silap?.

“Dah alang alang nak berniqab satu badan tu awak ‘niqab’lah sekali media sosial awak tu. Back off a bit. Jangan meminta sangat caci maki orang,” tegur Shahrulezad.

Pengarah drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu turut menasihatkan selebriti lain supaya tidak memuat naik perkara negatif ke dalam media sosial, terutama jika ada kaitan dengan orang ramai.

“Kalau dapat merentas negeri ke planet ke tolonglah senyap-senyap. Tak yah ler nak share bagai segala tok nenek benda kat medsos korang. Setakat beli karpet jer pun.

“Netizen bukannya suka sebab most of netizen tak der dapat privileges yang sama macam korang yang boleh sewenang-wenangnya merentas sana sini atas title celebrity. Please don’t trigger public anger,” katanya.