Aktiviti sukan, rekreasi dibenar mulai esok tanpa sekatan status vaksinasi

April 30, 2022 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membenarkan semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi tanpa sebarang had atau sekatan, termasuk status vaksinasi dan limitasi masa, mulai esok.

Perkara itu diumumkan oleh KBS hari ini menerusi siaran media soalan lazim Fasa Peralihan ke Endemik.

Menurut KBS, aktiviti berkumpulan seperti senamrobik, zumba, latihan taekwondo dan seumpamanya juga dibenarkan tanpa sebarang had atau kapasiti penyertaan, lapor Bernama.

Kehadiran penonton dan penyokong ke venue sukan dan rekreasi turut dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, yang bermakna tiada penjarakan fizikal diperlukan namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka juga dikecualikan di kawasan terbuka dan ketika melakukan aktiviti sukan di dalam kawasan tertutup. Bagaimanapun, ia diwajibkan ketika tidak melakukan sebarang aktiviti bersukan di kawasan tertutup.

Menurut KBS, imbasan kod QR MySejahtera juga tidak diwajibkan ketika memasuki premis atau venue sukan dan rekreasi manakala premis pula dibenarkan beroperasi tanpa had masa mengikut syarat lesen atau permit.

Bagaimanapun, pihak pengurusan premis perlu menyemak status risiko pelanggan mereka di dalam aplikasi itu, dengan individu berstatus risiko tinggi iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberikan arahan pengasingan di rumah (HSO) tidak dibenarkan memasuki premis atau venue sukan dan rekreasi.

Penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan dan rekreasi di peringkat domestik dan antarabangsa juga dibenarkan tetapi perlu kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) kecuali bagi acara berskala kecil melibatkan peringkat komuniti.

Garis panduan permohonan penganjuran boleh diakses di laman sesawang https://pps.kbs.gov.my/my, manakala permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://erosa.kbs.gov.my/ks_user/login.php.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA
May 17, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok