Aktiviti jualan vaksin kini dalam siasatan polis: CITF

June 24, 2021 · Isu semasa

Susulan menerima aduan daripada orang ramai mengenai dakwaan aktiviti penjualan vaksin baru-baru ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu CITF menjelaskan butiran terperinci akan diumumkan PDRM dalam masa terdekat.

“CITF sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM untuk menyegerakan siasatan dakwaan penyelewengan ini.

“Kami difahamkan beberapa tangkapan telah dibuat dan polis akan memberi keterangan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah CITF tiada vaksin atau slot janji temu boleh dijual sama sekali.

“Pemberian suntikan vaksin dilaksanakan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Terdahulu, CITF membuat dua laporan polis pada 14 dan 22 Jun lalu hasil aduan orang ramai berhubung perkara itu.

CITF berkata, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memutuskan bahawa vaksin tidak boleh dijual kepada penerima atau dibekalkan kepada pihak lain tanpa kebenaran Kerajaan Persekutuan.

“Ingin juga kami tegaskan bahawa tiada kelulusan dikeluarkan JKJAV kepada mana-mana pihak untuk tujuan ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk terus melaporkan kepada PDRM sekiranya ada tawaran penjualan vaksin kepada mereka,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
3 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
9 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok