Akta tangani pembaziran makanan antara tumpuan Parlimen hari ini

August 3, 2022 · Isu semasa

Keperluan mewujudkan akta bagi menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di dalam negara antara topik yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan itu diajukan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ingin tahu sama ada kementerian itu berhasrat mewujudkan akta berkenaan, semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Anthony Loke (PH-Seremban) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Lapangan Terbang Pulau Tioman baharu yang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta telah mendapat kelulusan dasar daripada kerajaan dan apakah projek tersebut berdaya saing serta memenuhi kriteria kelestarian alam sekitar.

Selain itu, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bagaimanakah semangat bipartisan dapat dipupuk dan diamalkan dalam kalangan pemimpin negara berbilang fahaman.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) pula dijangka meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah solusi kementerian berkenaan dalam mengurangkan kadar pengangguran negara seperti paras prapandemik COVID-19 pada kadar 3.5 peratus.

Selesai sesi tersebut, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022.

Sidang Dewan Rakyat kali ini yang bermula pada 18 Julai lepas berlangsung selama 12 hari hingga Khamis (4 Ogos) ini. – Bernama

Berita berkaitan
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
6 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
16 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
10 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok