Akta Anti Lompat Parti akan dibentang pada Februari: Wan Junaidi

Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat bermula 28 Februari ini, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata kerajaan bersetuju untuk membentang dan memuktamadkan undang-undang tersebut pada sidang Dewan Rakyat depan, ia juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pindaan RUU berkenaan disegerakan.

Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), semalam.

Katanya, keputusan itu juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pindaan RUU berkenaan disegerakan dan dibentangkan pada

“Bagi mendapatkan pandangan semua pihak, Jawatankuasa Teknikal berunsur bipartisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi Dan Kestabilan Politik dianggotai lapan wakil, masing-masing empat daripada kerajaan dan PH.

“Jawatankuasa Teknikal ini akan bertemu untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan dicadangkan, minggu depan.

“Persetujuan ini juga komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani kerajaan Persekutuan serta PH pada 13 September 2021, dilaksanakan seperti ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 tahun 2022 akan berlangsung bermula 28 Februari ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR