Akaun bank Najib ‘terlalu sulit’, tahap kerahsiaan tinggi: Saksi

October 13, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Oktober 2022) diberitahu bahawa, akaun semasa peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak dengan nombor berakhir 694 yang juga dikenali dengan kod AmPrivate Banking-MR memiliki tahap kerahsiaan tinggi dan diklasifikasikan sebagai ‘terlalu sulit’.

Bekas Pengurus Perhubungan Ambank cawangan Raja Chulan, Joanna Yu Ging Ping berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri berhubung kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Dalam keterangannya Joanna Yu berkata, itu bermakna bukan mudah untuk mendedahkan nama Najib kepada orang lain atau kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses sistem akaun di cawangan berkenaan.

Memetik BH, saksi ke-41 pendakwaan itu berkata beliau bertanya kepada Bahagian Operasi Ambank sama ada pelanggan boleh mempunyai akaun dengan dua nama (untuk memasukkan kod nama) dan diberitahu, bahawa tiada masalah untuk berbuat demikian kerana ia adalah akaun berasaskan projek korporat yang dirujuk dengan nama projek mereka.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa dalam semua urusan saya dengan pelanggan persendirian, ini adalah kali pertama akaun individu menggunakan kod nama. Biasanya kod nama diberikan kepada akaun projek korporat tertentu.

“Berhubung cadangan menggunakan kod nama bagi akaun itu, saya masih ingat bahawa ini adalah permintaan dan cadangan Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho) dan dia juga meminta akaun ini diklasifikasikan sebagai ‘terlalu sulit’.

“Saya tidak ingat siapa yang memberikan kod AmPrivate Banking-MR. Saya hanya tahu bahawa terdapat perbincangan untuk menggunakan kod nama bertujuan melindungi maklumat dan memelihara sensitiviti akaun,” katanya.

Joanna berkata, beliau dimaklumkan oleh Cheah Tek Kuang yang ketika itu Pengarah Urusan Kumpulan Ambank, bahawa perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (Tan Sri Zeti Akhtar Aziz).

Sementara itu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram pada sesi pemeriksaan utama, Joanna berkata beliau tidak pernah bertemu secara peribadi dengan Najib, sebaliknya segala urusan perbankan adalah melalui Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) 1MDB ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil dan Jho Low.

Joanna berkata, walaupun Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun, Najib masih pemegang akaun berkenaan dan bertanggungjawab terhadap transaksi dalam akaunnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 7 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu· Isu semasa
Dulu bukan main menentang rasuah, kini bergabung dengan perasuah: Hadi
19 jam lalu· Politik
Masa berkempen PH lawan rasuah, selepas PRU-15 peluk ‘mat sakau’
November 23, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok