Ajlan Bros Arab Saudi bakal labur RM34 bilion di Malaysia: PM

August 29, 2022 · Isu semasa

Konglomerat Arab Saudi Ajlan Bros Holding Group bersedia untuk melabur hampir RM34 bilion dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) hari ini (Isnin, 29 Ogos), beliau berkata sembilan syarikat itu adalah daripada industri semikonduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, pertahanan dan hiburan.

Syarikat itu ialah Dagang NeXchange Bhd, Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace and Defense Industries Sdn Bhd, Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd, dan My Events Sdn Bhd.

Ajlan Bros ialah salah satu konglomerat hartanah terkemuka di Arab Saudi, yang mengkhusus dalam industri kediaman, perindustrian, komersial dan pergudangan.

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih 25 negara dan mempunyai aset bernilai lebih AS$15 bilion (RM67.33 bilion) serta hasil lebih AS$2 bilion.

Sementara itu, pada satu majlis lain Ismail Sabri berkata kerajaan akan melaksanakan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara sebagai langkah awal merancakkan lagi komitmen negara dalam peralihan tenaga.

Memetik Bernama, beliau berkata kerajaan meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat (MW) bagi sumber solar.

Katanya kuota baharu ini akan diagihkan untuk pelaksanaan program di bawah mekanisme sedia ada termasuk New Enhanced Dispatch (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.

Selain itu, katanya untuk penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baharu seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat-pusat data baharu serta penjanaan hidrogen hijau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata ia juga untuk penyediaan opsyen baharu perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya (VPPA), mulai suku keempat 2022, dengan tawaran kuota 600MW.

“Dengan persetujuan ini, kerajaan menjangkakan 14,000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan baharu berjumlah RM6 bilion dapat diwujudkan bagi menyokong pembangunan industri TBB negara,” kata Ismail Sabri.

Katanya kerajaan akan turut melaksanakan inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu serta Pulau Tioman, Pahang bagi menyediakan bekalan elektrik yang konsisten, mampu bayar dan rendah pelepasan karbon.

“Pengguna elektrik di kedua-dua buah pulau peranginan itu akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang 2025, sekali gus mengurangkan kira-kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan turut menetapkan kerangka perundangan kawal selia keselamatan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) supaya aspek keselamatan awam dan pengguna terpelihara dan terjamin.

Sehubungan itu, katanya Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur EV di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) akan dikuatkuasakan pada suku keempat 2022 untuk memastikan pembangunan infrastrukturnya dilaksanakan dengan selamat dan teratur mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan kerjasama Syarikat MySuri Biz Technologies Sdn Bhd akan menyediakan 1,000 unit EV teksi, sebagai menyokong usaha penyahkarbon negara.

“Keterlibatan pihak GLC seperti TNB perlu dipergiatkan bagi menyokong pembangunan industri EV negara,” kata Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok