AirAsia X tak bayar balik nilai tiket dibeli, ketepi arahan MAVCOM

November 25, 2021 · Isu semasa

AirAsia X Bhd (AAX) tidak boleh membuat bayaran balik secara tunai kepada penumpang yang turut disenaraikan sebagai ‘pemiutang’, sekali gus menolak pendirian Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang menyatakan syarikat penerbangan tambang murah itu mesti membayar balik keseluruhan nilai tiket yang dibeli pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail memberitahu syarikat itu tidak mampu membayar balik kerana ia tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi, tetapi akan menyediakan kredit yang boleh ditebus apabila penerbangan antarabangsa disambung semula.

Beliau turut menjelaskan skim penstrukturan semula hutang AAX yang dilaporkan pada 18 Oktober dan diluluskan pada 12 November, di mana ia antara lain mencadangkan untuk membayar 0.5 peratus daripada lebih AS$8 bilion (RM33 bilion) yang terhutang kepada pemiutang.

Pelan penstrukturan semula hutang AAX yang dicadangkan memerlukan kelulusan daripada pemiutangnya, dengan alternatifnya ialah pembubaran AAX dan dengan sifar pemulihan dana yang dijangkakan untuk pemiutang.

Daripada RM63.5 bilion hutangnya, AAX dilaporkan berhutang sebanyak RM600 juta kepada penumpang dan ejen pelancongan.

“Salah seorang daripada mereka (pemiutang) ialah penumpang. Kita tidak boleh melayan sesiapa secara berbeza. Jika kita mengecualikan penumpang, pemiutang – yang merupakan syarikat lain – akan mengadu dan bertanya mengapa kita melayan penumpang secara berbeza.

“Dalam skim itu sendiri, semua orang akan terjejas oleh penstrukturan semula, tetapi apa yang kita lakukan dalam dokumen mahkamah adalah mengatakan bahawa syarikat itu fleksibel dari segi memberi balik faedah kepada penumpang.

“Tetapi skim itu sendiri telah menyatakan. Kita harus berlaku adil kepada semua pemiutang. Adalah lebih baik untuk penumpang jika kita masih hidup atau mati? Jika kita mati, penumpang tidak mendapat apa-apa. Tetapi jika kita masih hidup, mereka akan mendapat semua kredit, jadi yang mana satu lebih penumpang suka?,” katanya dalam kenyataan kepada portal The Vibes.

Mengenai kredit yang akan diberikan kepada penumpang AAX, Benyamin dipetik berkata: “Kami mungkin memberikan nilai kredit untuk apa yang mereka beli. Jadi jika mereka membeli sesuatu dengan harga RM1,000 (sebelum ini), kami akan memberikannya secara kredit dengan syarat yang fleksibel.”

Benyamin dilaporkan berkata bahawa pembukaan semula sempadan antarabangsa dan penyambungan semula penerbangan antarabangsa mungkin sehingga setahun kemudian, dan AAX buat masa ini akan melihat bagaimana pelanggan boleh menggunakan kredit mereka.

Pada 10 November, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) meminta skim pampasan yang lebih adil berbanding dengan cadangan pembayaran hutang 0.5 peratus di bawah cadangan skim penstrukturan semula yang akan menyaksikan ejen pelancongan, ejen sewa dan penumpang menerima RM3.0 juta daripada RM599.8 juta yang terhutang.

Pada 12 November lalu, MAVCOM mengulangi pendiriannya yang menyatakan AirAsia X Bhd (AAX) mesti membayar balik keseluruhan nilai tiket yang dibeli pengguna perjalanan udara itu. Berita berkaitan 

Pengawal selia penerbangan awam negara itu turut memberi amaran kepada AAX akan menggunakan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) sekiranya syarikat itu gagal berbuat demikian.

MAVCOM berkata ia “mengambil pandangan bahawa pengguna perjalanan udara tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai pemiutang kerana pengguna perjalanan udara tidak, antara lain, menjual sebarang produk, menyediakan perkhidmatan atau membuat pinjaman kepada AAX tetapi sebaliknya telah membayar wang bagi pembelian tiket sebagai pendahuluan untuk penerbangan mereka.”

Mengulas lanjut, Benyamin bagaimanapun, menyatakan AAX akan berurusan terus dengan MAVCOM.

Berita berkaitan
Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank
June 15, 2023· Isu semasa
Bayaran tol lima lebuh raya guna kad kredit, debit mulai September
March 21, 2023· Isu semasa
Pita perekat dalam pesawat AirAsia bukan isu keselamatan
February 22, 2023· Dunia
AirAsia X diarah bayar balik nilai tiket dibeli, bukan 5 peratus sahaja
November 12, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok