AirAsia X diarah bayar balik nilai tiket dibeli, bukan 5 peratus sahaja

November 12, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengulangi pendiriannya yang menyatakan AirAsia X Bhd (AAX) mesti membayar balik keseluruhan nilai tiket yang dibeli pengguna perjalanan udara itu.

Pengawal selia penerbangan awam negara itu turut memberi amaran kepada AAX akan menggunakan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) sekiranya syarikat itu gagal berbuat demikian.

Memetik bernama, MAVCOM berkata ia “dengan jelas dan tidak berbelah-bahagi menggesa AirAsia X Bhd (AAX) menilai semula cadangannya untuk menganggap pengguna perjalanan udara sebagai pemiutang dan hanya membayar 0.5 peratus daripada nilai tiket yang dibeli seperti yang diumumkan pada 18 Oktober 2021.”

MAVCOM berkata ia “mengambil pandangan bahawa pengguna perjalanan udara tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai pemiutang kerana pengguna perjalanan udara tidak, antara lain, menjual sebarang produk, menyediakan perkhidmatan atau membuat pinjaman kepada AAX tetapi sebaliknya telah membayar wang bagi pembelian tiket sebagai pendahuluan untuk penerbangan mereka.”

“Oleh itu, MAVCOM mengulangi pendiriannya bahawa AAX harus membayar balik pengguna perjalanan udara untuk tiket yang telah dibeli. Jika AAX gagal membayar balik pengguna perjalanan udara yang terjejas dengan sewajarnya, MAVCOM tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasanya di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771),” kata MAVCOM dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya penerbangan itu telah menekankan komitmennya untuk melaksanakan tugasnya di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia bagi memastikan hak pengguna perjalanan udara dilindungi.

Pada 11 November 2021, MAVCOM menghantar surat kepada AAX sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan penstrukturan semula hutangnya yang berterusan.

Menurut MAVCOM:

“AAX telah berulang kali dalam surat-menyuratnya dengan MAVCOM dan dalam kenyataan mereka kepada orang ramai, memberi jaminan bahawa AAX komited untuk membayar balik pengguna perjalanan udara yang tidak dapat terbang kerana pembatalan penerbangan.”

Berita berkaitan
Lesen MyAirline digantung serta-merta
November 1, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Buat aduan jika ada penipuan jualan tiket Coldplay: KPDN
May 20, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok