AirAsia, Skyports teroka pembangunan teksi udara di Malaysia

July 28, 2022 · Isu semasa

Skyports Infrastructure, pemaju infrastruktur Mobiliti Udara Termaju (AMM)) terkemuka, dan pasukan Mobiliti Udara Termaju AirAsia, unit khas di bawah AirAsia Aviation Group Ltd (cabang penerbangan Capital A), telah menandatangani Surat Hasrat bagi meneroka pembangunan infrastruktur untuk perkhidmatan teksi udara di Malaysia.

Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam mewujudkan rangkaian platform vertiport yang beroperasi sepenuhnya selain membangunkan rangkaian platform vertiport yang praktikal dan bersepadu di dalam negara, demikian menurut satu kenyataan bersama hari ini.

Dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak, kerjasama itu akan menggunakan kepakaran dan pengalaman penerbangan AirAsia, serta pengetahuan dan rangkaian pasarannya manakala Skyports Infrastructure pula akan memanfaatkan kepakaran portfolio global untuk mereka bentuk dan membina infrastruktur platform pelepasan dan pendaratan untuk pesawat penumpang eVTOL.

“Skyports Infrastructure juga memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan kawal selia merentas pasaran melalui kerjasama dengan badan kawal selia tempatan dan organisasi berkaitan,” tambahnya.

Kerjasama ini akan menumpukan pada kajian penyepaduan infrastruktur platform vertiport untuk perkhidmatan teksi udara, pengenalpastian tapak platform vertiport yang berpotensi dan pembangunan keperluan serta rangka kerja operasi untuk melaksanakan rangkaian platform vertiport di Malaysia.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Aviation Group Ltd dan Ketua Mobiliti Udara Termaju, Kapten Ling Liong Tien berkata kerjasama ini akan mempercepatkan kajian infrastruktur yang diperlukan termasuk platform pelepasan dan pendaratan vertikal di negara ini serta mengukuhkan potensi kumpulan sebagai penyedia perkhidmatan perjalanan udara jarak dekat tanpa pelepasan di Asia Tenggara.

“AirAsia telah merevolusikan perjalanan udara komersial selama dua dekad yang lalu dan kami percaya bekerjasama dengan Skyports ini akan memacu kami ke hadapan untuk membentuk masa depan penerbangan autonomi di rantau ini.

“Susulan pengumuman usaha kami untuk membangunkan perkhidmatan teksi udara di kawasan bandar pada awal tahun ini, kami telah berusaha untuk meneroka kemungkinan perkhidmatannya di Malaysia,” jelas beliau.

Ketua Asia Pasifik Skyports Yun-Yuan Tay pula berkata kerjasama ini menyerlahkan kemajuan pembangunan AAM di Malaysia dan rantau Asia Pasifik dengan lebih luas.

“Rakan kongsi yang inovatif dan berdaya maju seperti AirAsia membawa kami melangkah setapak ke hadapan untuk merealisasikan rangkaian perkhidmatan teksi udara yang selamat, cekap dan bersepadu sepenuhnya kepada rakyat dan komuniti,” katanya.

Baru-baru ini AirAsia mengumumkan rancangan masa depan untuk memajak 100 buah pesawat Vertical Aerospace VX4 eVTOL dari Avolon, melancarkan program latihan dron, dan kini melanjutkan latihan dron kepada sektor berteknologi tinggi. – Bernama

Berita berkaitan
Kematian jurulatih penerbangan berpunca cedera di tengkuk, dada
August 2, 2022· Isu semasa
Nahas pesawat di Cameroon ragut semua nyawa penumpang
May 13, 2022· Dunia
90 peratus bayaran balik kepada penumpang sudah selesai: AirAsia
March 28, 2022· Isu semasa
Malaysia bincang isu ceroboh ruang udara dalam mesyuarat khas ASEAN-China
June 5, 2021· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
7 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
19 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
26 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
36 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok