Air percuma sebulan bonus raya untuk rakyat Terengganu

May 9, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Terengganu bersetuju memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena bulan perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian air percuma ini akan memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat yang terdiri daripada isi rumah kategori rumah tangga.

“Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk PPRT.

“Ia bagi membantu rakyat negeri ini menghadapi suasana hari raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemberian air percuma itu akan melibatkan perbelanjaan berjumlah hampir RM570,000 untuk tempoh selama sebulan bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021.

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok