Air pasang besar esok hingga Jumaat

October 24, 2022 · Isu semasa

Orang ramai diminta sentiasa peka dengan keadaan alam sekeliling dan bersedia bagi menghadapi monsun timur laut.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan, air laut pasang besar bermula esok (25 Oktober 2022) sehingga Jumaat ini (28 Oktober 2022) dan dijangka mencatatkan bacaan paras air laut tertinggi sehingga 5.5 meter.

“Pada Selasa (25 Oktober 2022) jam 5.47 pagi dijangka paras air laut teringgi 5.4 meter manakala pada Rabu dan Khamis, 5.5 meter sementara pada Jumaat 5.3 meter,” katanya.

NADMA menggalakkan orang ramai untuk bersedia dengan beg kecemasan bencana (ready2go) di rumah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan kategori pertama jam 12.30 tengah hari ini.

Menurut makluman itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh Khamis, 27 Oktober 2022 sehingga Ahad, 30 Oktober 2022.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri di Semenanjung dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi, Ahad (30 Oktober 2022).

Menerusi kenyataan dikeluarkan jam 7.30 pagi, agensi itu memaklumkan tiga negeri berkenaan ialah Selangor, Johor dan Sabah selain Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu di Johor membabitkan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Kawasan di Sabah pula melibatkan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
13 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok