Air naik di 14 sungai lima negeri malam ini, lepasi paras normal

October 19, 2022 · Isu semasa

Empat belas sungai utama di lima negeri merekodkan bacaan melebihi paras waspada, amaran dan bahaya, menurut catatan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini sehingga jam 9,15 malam ini (19 Oktober 2022).

Lima daripada sungai itu adalah di Johor, Sarawak (empat), masing-masing dua di Melaka dan Kedah, serta Pahang (satu).

Di Johor, dua sungai mencatat bacaan melepasi paras bahaya, manakala tiga lagi pada paras amaran.

Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat mencatat bacaan 3.65m, melebihi tahap normal 2.70m, manakala Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru pula mencatat 1.09m (-0.30m).

Tiga sungai yang mencatat paras melebihi amaran ialah Sungai Mati di Pulau Penarik, serta Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak, dan Empangan Bekok di Batu Pahat.

Di Melaka, lencongan Sungai Malim di Klebang Besar di Melaka Tengah mencatat bacaan melebih paras bahaya 10.72 meter (m) berbanding paras normal 0.50m, manakala Sungai Melaka di Batu Hampar pula merekodkan pada paras amaran apabila mencatat bacaan 1.70m (1.30m paras normal).

Di Sarawak, tiga sungai mencatat paras waspada dan dua lagi tahap amaran setelah air naik melepasi paras normal.

Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit, yang mencatat 10.13m berbanding paras normal 5.37m, manakala sungai di Batang Baram di Long Lama, Miri pula mencatat bacaan 7.48m (3.00m paras normal)

Stesen Bintulu Kastam Wharf di Bintulu pula mencatat paras amaran 1.72m (0.50m paras normal), manakala stesen Marudi di Miri pula mencatat bacaan 2.82m (3.00m paras normal).

Di Kedah, dua sungai melebihi tahap amaran apabila Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar merekodkan bacaan 1.51m (1.30m), manakala Sungai Pendang di Pekan Pendang (2.44m/1.80m)

Di Pahang, Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran mencatat paras waspada apabila merekodkan bacaan 29.77m berbanding 27.40m paras normal.

Di Terengganu, Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada tahap waspada apabila merekodkan bacaan pada 18.28m (17.00m paras normal).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
November 26, 2022· Politik
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
MB Johor akur tsunami orang Melayu, mahu Zahid berundur atau dipecat
November 20, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok