Aidilfitri: Pelajar IPT boleh pulang mulai 7 Mei

April 29, 2021 · Isu semasa

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti sambutan Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Kementerian Pengajian dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan semalam.

“Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

“Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu kementerian juga telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar
di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa.

“Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7 hingga 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah pada 15 hingga 20 Mei 2021.

“Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.

Pergerakan menggunakan kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali penerbangan.

Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya membabitkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.

Pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang telah disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
14 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
14 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok