Aidilfitri: KTMB tambah ETS, perkenal tren khas mulai 29 April

April 14, 2022 · Isu semasa

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan dan memperkenalkan perkhidmatan tren khas yang dikenali Ekspres Khas Keluarga Malaysia, bersempena sambutan Aidilfitri bermula 29 April ini.

KTMB dalam kenyataan di sini, hari ini memaklumkan tambahan perkhidmatan ETS dengan tiket sebanyak 4,368 serta tren khas itu yang menawarkan 516 tiket adalah berikutan permintaan tinggi daripada penumpang, lapor Bernama.

Bagi ETS, tambahan adalah melibatkan perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya pada 29 April hingga 2 Mei dan 6 hingga 8 Mei manakala bagi tren khas bagi laluan pantai timur melibatkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Tumpat, Kelantan.

“Tren khas ini akan berlepas pada jam 11 malam 29 April dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen seperti Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan Tumpat dan perjalanan balik dari Stesen Tumpat adalah pada 7 Mei pada pukul 10.50 malam,” menurut kenyataan itu.

KTMB turut memaklumkan bahawa jualan tiket ETS tambahan dan tren khas berkenaan akan mula dijual esok (15 April) dan pengguna disaran melakukan pembelian melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok