Aidilfitri: Kesesakan paling teruk 150 kilometer antara Rawang ke Gopeng

May 1, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dari Rawang ke Gopeng sesak sepanjang 150 kilometer (km) berikutan pertambahan jumlah kenderaan setakat 1 tengah hari ini, 1 Mei 2022.

Peningkatan aliran trafik itu juga adalah susulan pemberian tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas.

Umat Islam dijangka akan menyambut Aidilfitri pada Selasa (3 Mei), lapor Bernama.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama di sini hari ini memaklumkan keadaan trafik dari Slim River ke Sungkai adalah antara laluan paling terjejas dan para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Bagi laluan menghala ke selatan pula, kesesakan sepanjang 12km dilaporkan berlaku bermula dari Bandar Ainsdale sehingga ke Seremban dan di Putra Mahkota menuju ke Nilai dengan keadaan trafik perlahan sejauh 8km.

“Trafik di lain-lain kawasan menghala ke selatan masih lancar dan dalam keadaan terkawal kecuali dari Skudai menuju ke Senai Utara yang bergerak perlahan,” kata jurucakap berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia setakat 1 tengah hari tadi mendapati trafik lancar di laluan utama dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan hanya sesak sejauh 1.3km sebelum susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu menuju arah pusat bandar.

Trafik juga lancar dari Plaza Tol Karak menuju ke Kuantan di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Berita berkaitan
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok