Aidiladha: Aliran trafik di lebuh raya perlahan sejak pagi

July 9, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala ke utara, timur dan selatan negara dilaporkan tinggi sejak pagi ini susulan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata peningkatan kenderaan di lebuh raya bermula sejak 6 pagi dijangka berlarutan sehingga tengah malam.

Menurutnya pihak lebuh raya juga menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis bantuan di plaza tol yang dikenal pasti kawasan ‘hotspot’ berlaku kesesakan.

“Anggota RELA ditempatkan bagi membantu pengguna tol sekiranya kad mengalami masalah manakala polis bantuan akan menggunakan motosikal untuk meninjau lalu lintas yang sesak di hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, LLM melaporkan aliran trafik perlahan ke arah Pantai Timur sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Bukit Tinggi.

Di Lebuhraya Pantai Timur, aliran trafik perlahan sejauh 5.3 kilometer dari Lancang ke Temerloh.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya PLUS arah utara dari Sungai Dua ke Plaza Tol Sungai Dua dan dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang ke Sungai Buaya.

Arah selatan pula, trafik perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Senawang ke Pedas Linggi serta Bukit Gambir ke Pagoh.

Selain itu, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut bergerak perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai.

Kenderaan juga dilaporkan bergerak perlahan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) selepas Tuas, Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.

Tinjauan Bernama di tiga plaza tol iaitu di Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta mendapati berlaku pertambahan kenderaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Berita berkaitan
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
Berkongsi kesyukuran dengan mereka yang tidak bernasib baik: Muhyiddin
July 10, 2022· Isu semasa
PM gesa rakyat bantu tangani inflasi, berkorban bantu golongan miskin
July 10, 2022· Isu semasa
Lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia
June 17, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
5 minit lalu · Isu semasa
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
27 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
44 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
56 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok