Ahli Parlimen dibenar buka pelitup muka semasa berbahas

October 11, 2021 · Isu semasa

Semua Ahli Parlimen (MP) dibenarkan membuka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat, mulai hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata kebenaran itu diberikan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penilaian risiko sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

“Sepanjang persidangan kali ini dengan adanya ujian antigen dan sebagainya, tidak ada seorang pun positif dan dengan penilaian risiko maka KKM membenarkan pelitup muka dibuka semasa perbahasan.

“Namun, Yang Berhormat kena memakai semula pelitup separuh muka pada kadar segera selepas berucap,” katanya lapor Bernama hari ini.

Azhar memaklumkan perkara itu sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)(Pindaan) 2021 dibentangkan.

Sebelum ini, semua MP diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam dewan dan ketika berbahas bagi mengurangkan risiko penularan dan jangkitan Covid-19.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok