Ahli Parlimen DAP tunjuk cara tampal simen atas jalan tanah merah

Baharu sahaja ADUN DAP Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim menunjukkan kebodohannya mengkritik Perdana Menteri berhubung isu Palestin, tular pula gambar seorang Ahli Parlimen parti itu yang menunjukkan kebodohannya menampal simen di atas jalan tanah merah.

Ahli Parlimen DAP Tenom Noorita Sual menunjukkan cara membaiki jalan tanah merah dengan teknik tampalan simen.

Sebagai seorang Yang Berhormat (YB) sudah semestinya sibuk dan sering turun padang bagi membantu rakyat, ini tidak kecuali bagi Ahli Parlimen DAP Tenom Noorita Sual, yang saban hari rutin hariannya bertemu mereka dan melihat sendiri permasalahan yang dialami, terutamanya di kawasan parlimennya.

Bersimpati dengan kesukaran yang dialami penduduk kampung di antara desa Mahunsop dan Tinura, Tenom, Sabah, dek laluan jalan yang sering rosak, Noorita mengambil inisiatif untuk turun sendiri bagi membaiki jalan berkenaan.

Lebih ‘menariknya’, beliau membaiki lubang-lubang jalan tanah merah itu dengan teknik tampalan menggunakan simen.

Ahli Parlimen DAP Tenom Noorita Sual menunjukkan cara membaiki jalan tanah merah dengan teknik tampalan simen.

“Gotong-royong menampal lubang-lubang di sepanjang jalan yang menuju kampung Mahunsop dan Tinura,” demikian perkongsian di Facebooknya yang turut menunjukkan cara beliau menampal jalan tanah merah dengan menggunakan simen.

Inisiatif beliau itu bagaimanapun disambut secara ‘sinis dan lucu’oleh warganet yang berpusu-pusu memberi komen dan emoji ketawa di hantaran Facebooknya itu.

Misalnya menurut Amirul Hakim Mustapha, katanya YB Noorita sedang berada di pentas Maharaja Lawak dan sedang membuat penonton ketawa dengan perilaku lucunya itu.

“Komedi senyap atau komedi bergambar, silap besarlah naikkan gambar ini…simpan sini, buat kenangan, simpan awal-awal nanti tak kalut,” komentarnya.

Sementara itu menurut Azrin Effandy, “Nasib DAP tak pegang lama kerajaan,nampak kelicikkan daripada ahli-ahlinya,”.

Dalam pada itu, Baidol Mohd Jasnie Gunsika menyarankan agar Noorita mengkaji dahulu tindakannya sebelum membuat sebarang kerja dan hantaran di media sosial.

“PJKK/KK kena ambil tahu beri taklimat pada ADUN yang baru kesian bossku sesuai ka/tak sesuai ka tampal simen di jalan grabel kalau jalan bertar dan berlobang mungkin sesuai la… kan, ini jalan gravel tanah merah adui langsung tak sesuai, ibarat kata pepatah Melayu kuno ” Seperti Melepaskan Batuk Ditangga” masuk FB lagi malu bossku, kalau ditimbus batu kelikir atau batu pasir lebih sesuai dan terbaik,” sarannya.

Dalam pada itu , Kerol Garcia pula berkata, tindakan Noorita itu sangat tidak bijak.

“Jalan bertanah macam tu tampal dengan simen tak ada fungsi, perbuatan yang sia-sia, lebih baik naikkan jalan tu tar baru, Berlakon pun biar tindakan yang bijak, bukan bikin buat benda bodoh macam tu, dalam DAP pun ada orang bodoh,” katanya.

Setakat hari ini, hantaran Noorita berkenaan mendapat 12 ribu emoji dan lebih sembilan ribu komen dan lebih lapan ribu perkongsian di media sosial.

BERITA BERKAIT
POPULAR